Cari Duit Tambahan Sambilan Dari Rumah. Sesuai Untuk Pelajar, Pekerja & Surimah. Klik Di Sini Untuk Maklumat Percuma
Powered by MaxBlogPress  

Jawatan Kosong : Arkitek

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan berikut :-

Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Skim Perkhidmatan : Arkitek
Gred : J41
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : P1T1 RM1815.87 - P1T23 RM4105.19

Syarikat Lantikan :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : P1T3); dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan :
(a) Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, diminta menghantar permohonan dengan menggunakan Borang JKMM/PSM/01/05 yang boleh dibeli dengan harga RM2.00 di Unit Kewangan, Aras 2, Blok Temenggong, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
(b) Permohonan perlulah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan atau dokumen-dokumen berkaitan yang diakui sah dan dihantar ke alamat berikut :

Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Seri Negeri, Ayer Keroh,
75460 Melaka.
(u.p : Bhg. Pengurusan Sumber Manusia, Aras 3, Blok Bendahara)

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 September 2006
(d) Permohonan yang berikut akan ditolak :
i.Tidak menggunakan borang JKMM/PSM/01/05
ii.Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan serta diakui sah
iii.Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
iv.Tidak ditandatangani

Posted under jawatan kosong

Comments are closed.